Pages

Camfrog Video Chat Official General Room
K_U_A_L_A__L_U_M_P_U_R

[GET THIS]

Friday 27 September 2013

Setting take mic (TM) Windows XP Camfrog

http://klcamfrog.blogspot.com/2013/09/setting-take-mic-tm-windows-xp-camfrog.htmlPengguna ruangan Camfrog Video Chat sememangnya tahu, ada pemutar lagu a.k.a Disc Jockey (DJ) dalam erti kata lain pengguna yang Take Mic (TM). Bagi pengguna yang baru sahaja menceburkan diri dalam arena hiburan Camfrog Video Chat, kemungkinan anda juga berminat untuk memutarkan lagu kegemaran anda untuk pengguna lain mendengarnya.

Kadangkala, ketika anda berseorangan di dalam ruangan (Room), anda mahu mengambil mic untuk memutarkan lagu. Tapi bagaimana? Bagi pengguna perisian Windows XP, di sini admin team room K_U_A_L_A__L_U_M_P_U_R ingin berkongsi serba sedikit panduan untuk membolehkan anda menjadi Disc Jockey (DJ).

Monday 23 September 2013

Perbezaan warna ID dalam camfrog

http://klcamfrog.blogspot.com/2013/09/perbezaan-warna-id-dalam-camfrog.htmlMungkin anda terpinga-pinga jika baru pertama kali menempatkan ID anda di dalam Camfrog Video Chat Room terutamanya bagaimana ianya berfungsi atau fungsi-fungsi lain yang terdapat di dalam camfrog.

Pada kali ini, admin ingin berkongsi serba sedikit tentang warna ID (atau juga disebut warna baju) dan fungsinya agar anda lebih jelas takrifannya. Secara asasnya terdapat 4 warna ID yang telah diwujudkan oleh camfrog iaitu hitam (Black), biru (Blue), hijau (Green) dan merah (Red).

Warna-warna ini membezakan status anda ketika berada di dalam ruangan (Room). Perlu anda tahu, ruangan (Room) dimiliki oleh seorang pemain camfrog (atau juga disebut Camfroger).

Sunday 22 September 2013

Camfrog Video Chat

http://klcamfrog.blogspot.com/2013/09/camfrog-video-chat.htmlVideo Chat adalah aplikasi perhubungan moden yang wujud pada era ini. Mungkin anda pernah mendengar MSN Messenger, Yahoo Messenger, Paltalk, QQ International dan banyak lagi. Begitu juga dengan Camfrog Video Chat

Laman web rasmi Camfrog boleh dilihat di sini [http://www.camfrog.com]. 

Camfrog Video Chat adalah perisian perhubungan interaksi pelayaran teks, video dan audio yang dicipta oleh CAMSHARE LLC pada tahun 2003. Aplikasi video chat Camfrog boleh anda muat turun di sini. [Download]. 

Kuala Lumpur

http://klcamfrog.blogspot.com/2013/09/kuala-lumpur.html

Kuala Lumpur (Singkatan: KL), atau nama lengkapnya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, adalah ibu kota dan kota terbesar (lebih 1.63 juta penduduk: 2010) di Malaysia (29,865,331 juta penduduk: September 2013). Kawasan Wilayah Persekutuan meliputi wilayah seluas 244 km² (94 mil²). Wilayah metropolitan Kuala Lumpur atau yang juga dikenal sebagai Lembah Klang dan sebahagian termasuk Selangor memiliki jumlah penduduk sebesar 7.2 juta jiwa. Kuala Lumpur merupakan wilayah metropolitan dengan pertumbuhan paling pesat di Malaysia, baik dalam jumlah penduduk mahupun ekonomi.

Member