Pages

Camfrog Video Chat Official General Room
K_U_A_L_A__L_U_M_P_U_R

[GET THIS]

Sunday 22 September 2013

Kuala Lumpur

http://klcamfrog.blogspot.com/2013/09/kuala-lumpur.html

Kuala Lumpur (Singkatan: KL), atau nama lengkapnya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, adalah ibu kota dan kota terbesar (lebih 1.63 juta penduduk: 2010) di Malaysia (29,865,331 juta penduduk: September 2013). Kawasan Wilayah Persekutuan meliputi wilayah seluas 244 km² (94 mil²). Wilayah metropolitan Kuala Lumpur atau yang juga dikenal sebagai Lembah Klang dan sebahagian termasuk Selangor memiliki jumlah penduduk sebesar 7.2 juta jiwa. Kuala Lumpur merupakan wilayah metropolitan dengan pertumbuhan paling pesat di Malaysia, baik dalam jumlah penduduk mahupun ekonomi.


http://klcamfrog.blogspot.com/2013/09/kuala-lumpur.html

Di Kuala Lumpur terletaknya Parlimen Malaysia. Kota ini juga pernah menjadi lokasi pejabat pemerintahan eksekutif dan kehakiman, yang telah berpindah ke Putrajaya sejak tahun 1999. 

http://klcamfrog.blogspot.com/2013/09/kuala-lumpur.html

Namun beberapa cabang pejabat kehakiman masih terletak di kota ini. Kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong, iaitu Istana Negara, berada di Kuala Lumpur. 

http://klcamfrog.blogspot.com/2013/09/kuala-lumpur.html

Kota ini juga merupakan pusat kebudayaan dan ekonomi Malaysia kerana kedudukannya sebagai ibu kota dan kota utama. Globalization and World Cities Study Group and Network (GaWC) menilai Kuala Lumpur sebagai sebuah kota global alfa.

http://klcamfrog.blogspot.com/2013/09/kuala-lumpur.html

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah salah satu dari tiga buah Wilayah Persekutuan Malaysia. Sejak tahun 1990-an, kota ini telah menjadi tuan rumah bagi pelbagai acara olahraga, politik dan kebudayaan antarabangsa, seperti Commonwealth Games 1998 dan Formula Satu. Selain itu, Menara Kembar Petronas terletak di Kuala Lumpur yang menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia.

http://klcamfrog.blogspot.com/2013/09/kuala-lumpur.html

Kuala Lumpur dihubungkan dengan dunia luar oleh dua bandar udara, iaitu Bandar Udara Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang dan Bandar Udara Sultan Abdul Aziz Shah di Subang.

http://klcamfrog.blogspot.com/2013/09/kuala-lumpur.html

Kuala Lumpur didiami oleh pelbagai bangsa dengan budaya dan agama yang berbeza. Ianya menjadikan Malaysia unik untuk dilawati dengan tagline "Malaysia, Truly Asia"

http://klcamfrog.blogspot.com/2013/09/kuala-lumpur.html

(Sumber Rujukan: Wikipedia)

No comments :

Member