Pages

Camfrog Video Chat Official General Room
K_U_A_L_A__L_U_M_P_U_R

[GET THIS]

Wednesday 23 October 2013

Beli Camfrog Pro dan Virtual Gift (VG)

Apa itu yang dikatakan Camfrog Pro dan apa juga itu Virtual Gift (VG)? Apakah kelebihan menggunakan kedua-duanya?
http://klcamfrog.blogspot.com/2013/10/beli-camfrog-pro-dan-virtual-gift-vg.html

Saya bagi contoh mudah. Anda mempunyai sebuah kereta yang baru dibeli yang belum diubahsuai. Kemudian anda melakukan sedikit pengubahsuaian kepada enjin dengan memasukkan turbo bagi menambahkan kepuasan serta kelebihan semasa memandu. Itu contoh Camfrog Pro. Kemudian anda melakukan pengubahsuaian kepada kereta anda dengan menambah spoiler atau memasang aksesori bagi meningkatkan tarikan kepada kereta anda. Itulah Virtual Gift (VG).

Ada atau tidak Camfrog Pro dan Virtual Gift anda masih boleh melayari laman chatting. Apakah kelebihan kedua-duanya?

Kelebihan Camfrog Pro
http://klcamfrog.blogspot.com/2013/10/beli-camfrog-pro-dan-virtual-gift-vg.html
  • Dapat melihat kamera video camfroger lain dengan banyak (Multiple video)
  • Membesarkan tetingkap kamera video (Resize Video scale)
  • Melihat room yang dimasuk oleh camfroger lain (Locate)
  • Menambah teks dan kesan ke atas kamera video anda.
  • Hantar fail kepada rakan.
  • Akses kamera anda dari komputer lain.
  • Simpan sejarah IM dan perbualan serta room yang disertai.
  • Meletakkan ID kenalan anda ke dekstop untuk melihat status online walaupun camfrog anda ditutup.
  • Akses cam-to-cam bersama kenalan walaupun anda berada di dalam room.
  • Menutup iklan yang terdapat pada room dan IM.
  • Mengecilkan saiz ruangan IM (Resize IM scale).
Awal dahulu, Camfrog Pro Code dijual oleh camfrog bagi membolehkan camfroger menggunakan Pro mereka pada semua ID yang mereka miliki. Namun kini, camfrog hanya menjual Camfrog Pro Nick. Ini bermakna Camfrog Pro akan kekal pada satu ID sahaja. Perbezaannya, ID anda akan kelihatan sedikit tebal (Bold) berbanding ID biasa.

Walau bagaimanapun, masih terdapat camfroger menjual Camfrog Pro Code ketika ini. Anda haruslah yakin dan percaya kepada penjual jika ingin mendapatkannya. Namun untuk peringatan walaupun pro code itu telah dijual kepada anda, penjual yang menyimpan pro code tersebut masih boleh menggunakan pro code tersebut jika penjual yang berniat tidak bagus dalam urusniaga. Semua pilihan terletak pada anda sendiri.

http://klcamfrog.blogspot.com/2013/10/beli-camfrog-pro-dan-virtual-gift-vg.html

Kelebihan Virtual Gift (VG)
  • Memberikan "hadiah" kepada kenalan anda.
  • Membeli untuk diri sendiri, room dan Bot
  • Meningkatkan populariti anda di dalam room.
  • Memberikan kelainan pada ID anda.
  • Meningkat ranking populariti sesebuah room.
  • Memberikan "hadiah" kepada camfroger untuk menghantar IM privasi.
Pelbagai jenis Virtual Gift (VG) yang anda boleh pilih di dalam senarai camfrog asalkan anda mempunyai coins (Duit). Untuk mendapatkan coins anda boleh membeli sendiri daripada laman sesawang camfrog ataupun anda juga boleh mendapatkan hadiah atau juga memberikan hadiah melalui camfroger lain yang menjualnya.

Bagi saya, Camfrog Pro dan Virtual Gift (VG) menambahkan keseronokan anda bermain camfrog. Jika anda rasa berbaloi dan mampu untuk mendapatkannya, teruskan untuk menikmatinya.

Untuk membeli Camfrog Pro Nick dan Virtual Gift (VG), boleh bertanya kepada saya,(anugthombak) di room K_U_A_L_A__L_U_M_P_U_R. Terima Kasih.

No comments :

Member