Pages

Camfrog Video Chat Official General Room
K_U_A_L_A__L_U_M_P_U_R

[GET THIS]

Saturday 26 October 2013

Cara menggunakan Camfrog OP Tools - Kick

Pada entri yang lalu, admin telah berkongsi cara untuk membuatkan Op Tools anda muncul pada layar camfrog anda. [Baca disini]. Pada kali ini, admin team K_U_A_L_A__L_U_M_P_U_R akan berkongsi sedikit tentang cara menggunakan Camfrog Op Tools supaya anda menggunakannya dengan betul.

http://klcamfrog.blogspot.com/2013/10/cara-menggunakan-camfrog-op-tools-kick.htmlMengapa perlu belajar bagaimana untuk menggunakan Op Tools dengan betul? Seharusnya anda tahu ada beberapa setting yang telah di set di Op Tools oleh Main Owner atau Owner. Jadi sekiranya, anda cuba untuk menekan beberapa button yang anda sendiri tidak mengetahui apa fungsinya, mungkin set yang telah dibuat oleh Main Owner atau Owner akan hilang.

Perkara ini harus diambil perhatian terutamanya kepada Owner yang baru dilantik. Kerana kebanyakkan fungsi Op Tools boleh dilakukan oleh mereka yang memegang status Owner.

Gambar di atas adalah Op Tools Camfrog. Pada entri kali ini, admin akan fokus pada bahagian pertama yang terdapat pada Op Tools (Icon lelaki dan perempuan seperti gambar di atas) iaitu fungsi Kick.

Fungsi Kick yang menggunakan Op Tools berbeza dengan fungsi kick yang ada jika anda menggunakan cara lain atau cara manual. Jika anda ingin kick ID yang telah melanggari peraturan yang telah ditetapkan oleh admin room. Cara-caranya adalah: 
  • Pastikan anda tahu peraturan room yang membolehkan Id tersebut di kick. Hal ini kerana anda tidak menyalahgunakan kemudahan yang ada dan supaya anda tidak digelar "kaki kick orang tanpa sebab" atau "Gila Kuasa".
  • Pilih Id yang anda ingin kick (Seperti gambar dibawah).
http://klcamfrog.blogspot.com/2013/10/cara-menggunakan-camfrog-op-tools-kick.html
  • Setelah Id telah dipilih, anda tekan Kick.
    http://klcamfrog.blogspot.com/2013/10/cara-menggunakan-camfrog-op-tools-kick.html
    • Kemudian akan keluar seperti berikut. Setelah tekan butang Kick, anda diberi 3 pilihan untuk kick Id tersebut. Show, No Reason dan Custom.
    http://klcamfrog.blogspot.com/2013/10/cara-menggunakan-camfrog-op-tools-kick.html
    • Jika anda memilih Show, Id akan di kick mengikut apa yang telah di set kan pada bahagian alasan (Reason) pada bahagian setting dan ianya boleh dilihat oleh semua user di dalam room seperti berikut:
    http://klcamfrog.blogspot.com/2013/10/cara-menggunakan-camfrog-op-tools-kick.html
    • Jika anda memilih No Reason pula, Id tersebut tanpa terlihat alasan yang boleh dibaca atau dimaklumkan kepada Id tersebut serta user-user lain.
    • Manakala jika anda memilih Custom pula, anda boleh menyatakan atas sebab apa Id tersebut di kick seperti gambar dibawah.
    http://klcamfrog.blogspot.com/2013/10/cara-menggunakan-camfrog-op-tools-kick.html
    • Setelah siap dinyatakan atas alasan apa, tentunya anda nampak hasilnya seperti contoh dibawah.
    http://klcamfrog.blogspot.com/2013/10/cara-menggunakan-camfrog-op-tools-kick.html

    Walaupun hak kick boleh digunakan setelah anda mendapat status Operator, Opplus, Owner, kebiasaannya user yang di kick melanggar peraturan room general seperti menaip lucah, menghujat, kurang ajar, berkata tidak sopan, cam tidak sopan, flood typing (Auto kick by server) dan seangkatan dengannya.

    Pada entri akan datang admin akan berkongsi pula tentang butang Punish. Terima kasih.

    No comments :

    Member