Pages

Camfrog Video Chat Official General Room
K_U_A_L_A__L_U_M_P_U_R

[GET THIS]

Tuesday 29 October 2013

Penggunaan perkataan Salam dalam Camfrog

http://klcamfrog.blogspot.com/2013/10/penggunaan-perkataan-salam-dalam-camfrog.html
Assalamualaikum w.b.t

Isu bagaimana menyampaikan ucapan "Assalamualaikum" bagi camfroger Muslim di dalam camfrog menarik perhatian admin untuk mencari kebenaran di sebalik penggunaan perkataan mana yang lebih sesuai dalam mengucapkan "Assalamualaikum".

Dalam penggunaan bahasa seharian seperti SMS atau menaip di kapet, seringkali kita lihat berbagai perkataan yang digunakan sehinggakan menimbulkan pertanyaan, perdebatan dalam menangani isu ini.

Salam, Akum, A'kum, Semekom, Mekoselam, S'kom, Kum, Salam, Alaikum dan banyak lagi.

Admin mengambil isu sederhana tentang perkara ini. Kaji, baca dan selidik untuk mencari kebenaran serta menambahkan sedikit ilmu pengetahuan sebelum melakukan perkara tersebut. "Perkara yang baik harus dikongsi, nasihat sesama muslim itu dituntut".

Banyak juga saya lihat di blog-blog yang memaparkan tentang isu ini. Mahu percaya atau tidak, akal fikiran kita yang menentukan.

Daripada pembacaan saya, ada isu email berantai seperti berikut:

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

Benarkah? Admin bukan orang yang mahir untuk berbahasa arab. Jadi admin semak juga blog-blog lain untuk mencari jawapan kepada isu ini.

Etika memberi salam kepada orang muslim

SALAM dalam bahasa arab bermaksud SELAMAT. Ini merupakan maksud SALAM berdasarkan kamus besar Dewan Bahasa dan Pustaka (Arab-Melayu) m/s 1173 :

Islam berasal dari perkataan "Aslama, Yuslimu, Islaman"

أسلام ، يسلم ، إسلاما
Maksudnya :
1. Tunduk, patuh. 2. Mematuhi agama. 3. Memeluk agama Islam. 4. Menyertai perdamaian.


Tidak pula disebutkan "Selamat tinggal" atau "Celaka bagi kamu".


Malah perkataan SALAM itu dari Allah SWT. 

سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬

Salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (Yaa Siin 36:58) 

Sebagai contoh, saya memetik beberapa ayat Al Quran:

وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ۬ فَحَيُّواْ بِأَحۡسَنَ مِنۡہَآ أَوۡ رُدُّوهَآ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ حَسِيبًا 

Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (An-Nisaa' 4:86)


Daripada sumber lain pula mengupas isu SALAM ini;

SALAM bererti damai, sejahtera dan selamat. Salah satu nama Allah ialah As-Salam. Memberi salam termasuk salah satu daripada hak persaudaraan dalam Islam sebagaimana hadis Rasulullah saw, 

عن أبي هريرة أن رسول الله (ص) قال حق المسلم على المسلم ست قيل ما هن يا رسول الله ؟ قال إذا لقيته فسلم عليه وإذا دعاك فأجبه وإذا استنصحك فانصح له وإذا عطس فحمد الله فسمته وإذا مرض فعده وإذا مات فاتبعه 

Maksudnya : “ Daripada Abu Hurairah r.anhu katanya Rasulullah saw bersabda : Hak seorang muslim terhadap seorang muslim yang lain ada enam perkara. Lalu baginda ditanya, apakah enam perkara itu ya Rasulullah ? Baginda menjawab, Bila engkau beremu dengannya ucapkanlah salam, bila dia mengundangmu maka penuhilah undangannya, Jika dia meminta nasihat daripadamu maka berilah nasihat, Jiika dia bersin lalu bertahmid maka doakanlah rahmat untuk dirinya, Jika dia sakit maka ziarahilahnya dan jika dia meninggal dunia maka iringilah jenazahnya ke kubur”.


Manakala sumber lain pula menyebut;

Sebenarnya kedua2nya boleh digunakan.. kerana ia juga merupakan maksud singkatan kepada “assalamualaikum”.. jika dipertikaikan dgn mengatakan hanya “as-salam” saja boleh digunakan, maka ianya masih ada ruang hujahan di situ.. kerana “salam” dan “as-salam” itu masih lagi mewakili singkatan kepada lafaz “assalamualaikum”.

Lafaz “assalamualaikum” sabit (disandarkan) daripada hadis Nabi s.a.w. Maka secara kebiasaannya, kita boleh mengambil “as salam” sbg lafaz singkatan dan meninggalkan “alaikum”.

Sedangkan lafaz “salamun alaikum” (takde alif lam – as-salam) juga terdapat dalam al-Quran surah ar-Ra’d : 24

“Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.“

Kalimah selamat sejahtera itu menggunakan lafaz سَلاَمٌ عَلَيْكُم (salamun alaikum) dan bukan “assalamualaikum”..

Ini memberi maksud, sama ada menggunakan “assalamualaikum” atau “salamun alaikum” dan singkatan “as-salam bagi assalamualaikum” atau “salam bagi singkatan salamun alaikum”.. kedua2nya adalah harus digunakan. Ini menurut pendapat Imam Abu Hasan al-Wahidi.. tetapi menurut pendapat Imam Nawawi, “assalamualaikum” itu lebih utama.


Untuk penerangan lebih lanjut, boleh juga lihat di blog-blog atau lebih tepat lagi, bertanyalah kepada orang yang lebih arif tentang perkara ini.

Dari segi pemahaman admin, penggunaan perkataan SALAM tidak salah dalam camfrog, namun lebih baik mengucapkan salam dengan "Assalamualaikum" yang mana mengelakkan perdebatan tentang benar dan salah.

Etika memberi salam kepada orang bukan muslim

Sabda Rasulullah saw, 
"Janganlah kamu memulai salam kepada orang Yahudi dan jangan kepada orang Nasara".(H.S.R.Muslim).

Haram hukumnya menjawab salam daripada orang kafir. Dalilnya ialah sebuah hadis yang datanya dari Qatadah, dari Anas bin Malik (radiallahua’anh) bahawa sahabat Nabi (sallallahu ‘alaihi wasallam) telah bertanya kepada baginda:

“Bahawa ahli kitab (Yahudi dan Kristian) memberi salam kepada kami, maka bagaimana kami membalasnya? Baginda menjawab:

إذا سلم عليكم أهل الكتاب فقولوا : وعليكم 

Maksudnya : Apabila Ahlul Kitab memberi salam kepada kalian maka jawablah dengan ucapan "wa’alaikum”. (Hadis Muslim, Abu Daud, an-Nasai dan Ibn Majah)

Hadis di atas jelas menyatakan bahawa orang Islam tidak boleh menjawab salam orang Yahudi, Kristian dan orang-orang Musyrikin. Begitu juga memberi salam kepada mereka kerana lafaz salam menumbuhkan perasaan kasih sayang, sedangkan berkasih sayang dengan orang kafir adalah dilarang sama sekali. Firman Allah SWT,

Maksudnya : “Kamu tidak akan mendapati kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan RasulNya...” (al-Mujaadilah, ayat 22).

Justeru, para ulama’ bersetuju bahawa cara yang dibolehkan menjawab salam orang bukan Islam hanyalah sekadar menyebut ucapan “wa’alika” atau “wa’alaikum” dan ia hendaklah dikhususkan kepada kafir zimmi sahaja.

Jika seseorang muslim melalui suatu kumpulan manusia yang terdiri dari orang Islam dan bukan Islam maka disunatkan memberi salam dengan niat ditujukan kepada orang Islam sahaja. Dalilnya ialah hadis yang datangnya dari Usamah bin Zaid r.a katanya, Azkar m/s 498

إن النبي (ص) مر على مجلس فيه أخلاط من المسلمين والمشركين عبده الأوثان واليهود فسلم عليهم النبي (ص) 

Maksudnya : Sesungguhnya Nabi saw melewati satu majlis yang di dalamnya bercampur antara umat Islam dan kaum musyrikin penyembah berhala serta orang-orang Yahudi maka Nabi saw memberi salam kepada mereka.


Tujuan admin memberikan sedikit penerangan dalam isu camfrog pada kali ini adalah lebih kepada berkongsi pendapat bagi menjawab isu yang selalu berlegar dalam ruangan Camfrog Video Chat. Sesungguhnya walaupun dalam konteks berhibur, Islam is the way of life bagi orang Islam yang tidak boleh kita abaikan.

Allah SWT memberikan kita akal untuk berfikir, Allah SWT memberikan mulut untuk menasihati, Allah SWT memberikan jari untuk menyebarkan melalui penulisan.

No comments :

Member