Pages

Camfrog Video Chat Official General Room
K_U_A_L_A__L_U_M_P_U_R

[GET THIS]

Friday 27 September 2013

Setting take mic (TM) Windows XP Camfrog

http://klcamfrog.blogspot.com/2013/09/setting-take-mic-tm-windows-xp-camfrog.htmlPengguna ruangan Camfrog Video Chat sememangnya tahu, ada pemutar lagu a.k.a Disc Jockey (DJ) dalam erti kata lain pengguna yang Take Mic (TM). Bagi pengguna yang baru sahaja menceburkan diri dalam arena hiburan Camfrog Video Chat, kemungkinan anda juga berminat untuk memutarkan lagu kegemaran anda untuk pengguna lain mendengarnya.

Kadangkala, ketika anda berseorangan di dalam ruangan (Room), anda mahu mengambil mic untuk memutarkan lagu. Tapi bagaimana? Bagi pengguna perisian Windows XP, di sini admin team room K_U_A_L_A__L_U_M_P_U_R ingin berkongsi serba sedikit panduan untuk membolehkan anda menjadi Disc Jockey (DJ).

Perkara asas yang perlu anda tahu sebelum mencuba mengambil mic (TM) adalah seperti berikut:
  1. Anda mempunyai MP3 Audio Player (Winamp, Spider, Windows Media Player, GOM Audio Player dan sebagainya).
  2. Anda juga mempunyai jaringan internet yang bagus (supaya pengguna lain tidak terganggu dengan bunyi lagu yang sangkut-sangkut atau disebut juga lagg)
  3. Anda juga boleh memutarkan dari manapun sumber lagu seperti YouTube, Radio Online bergantung kepada keupayaan internet anda.
  4. Kemudian, anda juga perlu mempunyai sejumlah koleksi lagu-lagu MP3.
  5. Walaupun anda tidak mempunyai mikrofon, itu tidak menjadi masalah kerana mikrofon digunakan jika anda ingin mengeluarkan suara anda.
  6. Pastikan laptop / komputer anda mempunyai sekurang-kurangnya Realtex HD Audio Manager atau seumpamanya [Download].
Setelah perkara asas di atas diselesaikan terlebih dahulu, kemudian anda perlu mengikuti langkah seperti dibawah untuk membolehkan anda mengambil mic (TM).
  1. Cuba lihat gambar dibawah ini. Cari Icon Volume pada Hide Inactive Icon Dekstop anda.
    http://klcamfrog.blogspot.com/2013/09/setting-take-mic-tm-windows-xp-camfrog.html
  2. Sekiranya anda tidak dapat menjumpainya, klik Start > All Program > Accessories > Entertainment > Volume Control
    http://klcamfrog.blogspot.com/2013/09/setting-take-mic-tm-windows-xp-camfrog.html
  3. Kemudian klik Option > Properties > Realtex HD Audio Input > Tandakan pada kedua-dua ruang Mic Volume dan Stereo Mix > OK
    http://klcamfrog.blogspot.com/2013/09/setting-take-mic-tm-windows-xp-camfrog.html
  4. Apabila anda tekan butang OK anda terlihat seperti di bawah. Jika anda hanya ingin memutarkan lagu tanpa mengeluarkan suara (Mikrofon), anda cuma perlu tandakan pada bahagian Stereo Mix, namun sekiranya anda ingin berbual-bual bersama pengguna lain, tandakan pada bahagian Mic Volume dan Stereo Mix.
    http://klcamfrog.blogspot.com/2013/09/setting-take-mic-tm-windows-xp-camfrog.html
    http://klcamfrog.blogspot.com/2013/09/setting-take-mic-tm-windows-xp-camfrog.html
  5. Klik pada Mic Volume untuk bercakap dan Klik pada Stereo Mix untuk memutarkan lagu anda (Tanpa pause lagu pada player) pada bahagian Select.
  6. Setelah selesai setting pada laptop / komputer anda, barulah anda teruskan dengan setting pada Camfrog Video Chat.
  7. Daftar masuk ke akaun camfrog anda. Setelah berjaya klik pada butang Camfrog pada bahagian paling atas sekali. Klik Setting > Video & Audio > Audio > Record > Realtex HD Audio Input > Apply > OK.
  8. Kemudian anda masuk ke dalam ruangan (Room) pilihan anda. 
  9. Setelah anda berada di dalam ruangan sembang, anda akan lihat button Talk. Klik pada butang Talk > Hands Free.
  10. Selesai. Anda sudah boleh mengambil TM atau menjadi DJ.
Pada entri kali ini team admin room K_U_A_L_A__L_U_M_P_U_R hanya berkongsi tentang bagaimana cara setting take mic (TM) Windows XP. InsyaAllah pada entri lain, admin akan kongsikan serba sedikit untuk memastikan lagu yang anda putarkan tidak menyakitkan telinga pendengar pengguna lain.

No comments :

Member