Pages

Camfrog Video Chat Official General Room
K_U_A_L_A__L_U_M_P_U_R

[GET THIS]

Friday 4 October 2013

OP Tools Camfrog

http://klcamfrog.blogspot.com/2013/10/op-tools-camfrog.html
OP Tools
Sebilangan camfroger baru yang telah dinaikkan pangkat sesebuah room, pasti mendengar ayat ini: "Kenapa tidak kick guna op tools?". Betul bukan? Atau pernah melihat owner atau op (operator dan opplus) kick ID bersertakan mesej seperti "Anda kurang sopan!". Bagaimana membuat seperti itu?

Admin berkongsi serba sedikit tentang OP TOOLS yang telah sedia ada di camfrog setting kecuali kepada mereka yang menggunakan phone atau tablet (post akan datang, InsyaAllah).

http://klcamfrog.blogspot.com/2013/10/op-tools-camfrog.html
Tiada OP Tools
Apa itu OP Tools? OP Tools ada sebahagian kemudahan yang memudahkan anda melakukan beberapa arahan dengan mudah tanpa melakukan secara manual seperti menaip di kapet. Secara kebiasaannya ianya akan tersedia sekiranya anda mempunyai pangkat di dalam sesebuah room (Operator, Opplus, Owner). Lihat seperti gambar diatas (OP Tools).

Bagaimana untuk menampakkan OP Tools? Lihat cara dibawah ini.
    • Pada permulaan anda sebagai user atau friend sesebuah room, ruangan chat anda akan kelihatan seperti gambar (Tiada OP Tools).
    • Setelah anda dinaikkan pangkat menjadi Operator atau Opplus atau Owner, anda sudah boleh menampakkan Op Tools.
    • Lihat bahagian login pada ID. Klik pada bahagian camfrog.
    http://klcamfrog.blogspot.com/2013/10/op-tools-camfrog.htmlhttp://klcamfrog.blogspot.com/2013/10/op-tools-camfrog.html
    • Setelah anda klik pada camfrog, klik pada bahagian setting.
    http://klcamfrog.blogspot.com/2013/10/op-tools-camfrog.html
    Setting
    • Kemudian, akan keluar seperti dibawah. Tanda bahagian seperti dibawah.
    http://klcamfrog.blogspot.com/2013/10/op-tools-camfrog.html
    Menampakkan OP Tools
    • Setelah anda selesai, Klik Apply dan Klik OK. Kembali semula ke dalam room. Lihat apa hasilnya. Dan kamu akan lihat OP Tools sudah muncul pada bahagian yang berlogo M. Klik Logo M tersebut.
    http://klcamfrog.blogspot.com/2013/10/op-tools-camfrog.html
    Room
    http://klcamfrog.blogspot.com/2013/10/op-tools-camfrog.html
    OP Tools
    Sekarang anda sudah boleh menggunakan OP Tools yang terdapat pada ruangan chat room  camfrog anda. Namun untuk menggunakan tanpa memberi kesan kepada setting yang telah dibuat oleh main owner atau owner mahupun OP(Operator+Opplus) yang lain, haruslah berhati-hati dan yang paling penting, bertanya itu percuma. Jangan berat mulut untuk bertanya supaya anda tidak di gelar "sombong".

    No comments :

    Member