
Mungkin anda terpinga-pinga jika baru pertama kali menempatkan ID anda di dalam
Camfrog Video Chat Room terutamanya bagaimana ianya berfungsi atau fungsi-fungsi lain yang terdapat di dalam camfrog.
Pada kali ini, admin ingin berkongsi serba sedikit tentang warna ID (atau juga disebut warna baju) dan fungsinya agar anda lebih jelas takrifannya. Secara asasnya terdapat 4 warna ID yang telah diwujudkan oleh camfrog iaitu hitam (Black), biru (Blue), hijau (Green) dan merah (Red).
Warna-warna ini membezakan status anda ketika berada di dalam ruangan (Room). Perlu anda tahu, ruangan (Room) dimiliki oleh seorang pemain camfrog (atau juga disebut Camfroger).